Kubas's Fotopages
RUMPUN SENI UTARA
By: Kreatif Utama Budaya Anak Seni Kubas

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  >  >>]    [Archive]
Sunday, 17-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
TEATER PERDANA JANJI

Pengurus Produksi : Muhsinatul Amal.
Penolong Pengurus Produksi : Mohd Khairil Mohd Salleh
Pengurus Pentas : Saiful Azwan Abdul Aziz
View all 36 photos...
Pada 5 hingga 7 Ogos 2005 akan berlangsung satu persembahan teater anjuran Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kedah dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman di Taman Budaya Negeri Kedah, Pumpong, Alor Star. TEATER PERDANA NEGERI KEDAH 2005 bertajuk JANJI ini diarahkan oleh Normah Nordin a.m.n dengan menggabungkan 3 kumpulan teater Taman Budaya Negeri Kedah iaitu KUBAS, AKRAB dan PEWARIS. Pementasan ini juga mungkin akan mencipta rekod dalam Malaysian Book Of Records apabila telah menampilkan 3 generasi dalam satu persembahan lakon.

Pementasan ini akan bermula pada jam 9.00 malam. Pass masuk berharga RM 5.00 boleh didapati di Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kedah atau dari Kreatif Utama Budaya Anak Seni (KUBAS), Persatuan Penggerak Warisan Budaya (AKRAB), Persatuan Peminat Warisan Seni (PEWARIS) dan Kumpulan Bangsawan Seri Kedah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

1. Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kedah : 04 7315930
2. Saiful Azwan Bin Abdul Aziz : 019 4692868
3. Mohd Khairil Mohd Salleh : 019 4266202
3. Muhsinatul Amal Mustafa : 012 4457415
4. Farasafuan Ahmad Zaki : 016 4264252


Monday, 27-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Himpunan Kereta Yang Sudah DiUpgrade Oleh OBAJAYA Auto

Aku
4G61 T
BOV Shift Dog
View all 30 photos...


Gambar2 ni aku ambil setelah aku berjaya mengumpulkan geng2 Obajaya Auto. Ada yang Turbo dan ada yang NA. Ni pun belum ada semua lagi ni. Banyak lagi yang tak sampai ke sessi fotografi ni.


Tuesday, 11-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
TEATER DI MANA BUMI DIPIJAK

Berhenti kat Sg. Perak
Berhenti kat Sg. Perak gak
Jalaludin Hassan
View all 10 photos...


Pada tahun lepas aku sempat pergi menonton satu persembahan teater di TAMAN BUDAYA NEGERI PERAK bertajuk DI MANA BUMI DIPIJAK arahan SENI BAYAN...ceritanya bagus tapi sayang ada sesetengah pelakon tak sepatutnya diberi watak yang dipegang...


Monday, 10-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Dah Kata Dah!!! VCD pertama 100% lakonan KUBAS.

Maui sebagai peminat setia
3 dara pingitan
Bakat cilik. Nur Aida Syanaz dan Ayu Syafikah.
View all 20 photos...


Pada pertengahan tahun ini telah lahir sebuah lagi produksi VCD amatur. BAKAT REMAJA SDN BHD telah menghasilkan sebuah cereka pendek berjudul ' DAH KATA DAH!!!'. Telemovie yang berkisar tentang kehidupan seorang seniman bernama EDD yang berazam untuk menjadi penyanyi terkenal tapi akhirnya kecewa dengan syarikat rakaman yang mengambil kesempatan ke atasnya. DAH KATA DAH menampilkan 100% lakonan ahli-ahli KUBAS seperti EDD LAZIM, MAD NOQ, MAUI, GEE dan ramai lagi.


Tuesday, 2-Nov-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
PRODUKSI REKAAN UTAMA

Pengarah yang masih mahu menggilap bakat. Walaupun agak perlahan
'Orang lama' yang banyak memberi nafas baru kepada KUBAS
Perlu banyak pendedahan dan usaha yang ikhlas
View all 9 photos...


Produksi REKAAN UTAMA oleh KUBAS pada tahun ini tampil dengan beberapa pembaharuan dalam teknologi audio visual persembahan teater. Namun masih terdapat beberapa kelemahan dalam persembahan tahun ini berbanding dengan TITIK MULA TITIK AKHIR pada tahun lepas. Apapun KUBAS akan mencuba sedaya upaya pada tahun-tahun yang akan datang. Tak mustahil KUBAS mampu memberi saingan yang hebat kepada kumpulan-kumpulan yang bertanding dalam FESTIVAL TEATER NEGERI KEDAH kerana dengan adanya beberapa tenaga 'baru' dalam KUBAS.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net