Kubas's Fotopages
RUMPUN SENI UTARA
By: Kreatif Utama Budaya Anak Seni Kubas

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  >  >>]    [Archive]
Sunday, 7-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
AKHIRNYA

Pentas Warisan
randai buat preview
group Pak Murad
View all 27 photos...


AKHIRNYA SETELAH SEKIAN LAMA BERTUNGKUS LUMUS DALAM PERSEDIAAN MANIFESTASI TEATER NEGERI KEDAH 2005, ANGIN KERING MUNCUL SEBAGAI PESEMBAHAN TERBAIK. WALAUPUN TIADA ANUGERAH INDIVIDU DIPERTANDINGKAN, KUBAS MENERIMA DENGAN BAIK KEPUTUSAN JURI.

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KEPADA AKRAB ATAS SOKONGAN DAN KERJASAMA YANG DIBERIKAN


Sunday, 31-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
KAWAN-KAWAN DARI RBB AWANA AUTO

RBB Awana Auto, Jalan Langgar, Alor Star, Kedah
Sentiasa penuh
Kereta Ultraman
View all 17 photos...


Dua hari lepas, aku dan Che Man bertandang ke bengkel Rosli Bakar atau panggilan mesranya Awang. Pada hari tu aku bernasib baik sebab empat buah kereta hasil tangan Awang termasuk keretanya sendiri ada di bengkel. Berbeza dengan OBAJAYA AUTO, RBB AWANA AUTO lebih kepada enjin keluaran Ford & Nissan.


Thursday, 28-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Projek terbaru OBAJAYA AUTO

Iswara Aeroback Je
4G91
Pandangan sisi
View all 12 photos...


Kelmarin dulu masuk lagi satu projek yang membuatkan kami terperanjat! Ford LASER TX3 berwarna putih masuk ke dock dan membuka bonetnya. Tak lain tak bukan sepupu aku. Baru beli kereta. Yang bestnya, tuan kereta dulu cuma nak duit enjin saja. Bila tengok enjin, alamak!!! Habis la aku!!!

Tak lama lepas tu sebuah lori sampai dan menurunkan sebuah half cut 4G91 untuk dipasang ke sebuah Iswara Aeroback yang lusuh.

Dan yang best sekali, enjin Che Man berwajah baru!!!


Wednesday, 27-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
MEMORY LANE - THE REAL AKRAB

Akrab.1998. Taman Budaya Perak
Akrab.1998.Paisr Salak
Alamak!
View all 51 photos...


Semasa mengemas bilik tidur, aku terjumpa dua album yang dah lama aku cari tapi tak jumpa. Terselit di celah buku-buku simpanan aku semasa kat UiTM dulu. Bila aku buka je album tu, satu perasaan indah menikam di jiwa. KALAULAH DAPAT KU UNDUR MASA, PASTI BANYAK YANG MAMPU AKU LAKUKAN. Tapi kita manusia biasa harus mengikut hukum alam yang ditentukan oleh Tuhan. Banyak memori indah yang terhimpun dalam album itu. Dari aku kecil, sampai dewasa. Banyak pelajaran dan pengajaran tentang erti kehidupan aku tempuhi.


Tuesday, 19-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Sidang Media Teater Perdana Negeri Kedah 2005.JANJI

YB EXCO & Pengarah Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kedah
Perbincangan Antara Normah Nordin & YB EXCO
Ucapan YB Exco Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Negeri Kedah
View all 22 photos...


Pada 4 Julai 2005 bertempat di Auditorium Taman Budaya Negeri Kedah Darul Aman, telah berlangsung satu sidang media berkenaan persembahan Teater Perdana Janji karya dan arahan Normah Nordin a.m.n yang akan di pentaskan pada 5 hingga 7 Ogos 2005. Sidang media yang dihadiri oleh wartawan dari ntv7, The Star, Metro dan beberapa lagi telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Ir. Haji Nawawi Ahmad, EXCO Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Negeri Kedah. Beliau amat tertarik dengan persembahan yang begitu berlainan dari yang selalunya di Kedah Darul Aman. Ternyata Janji karya Normah Nordin berjaya memukau penonton yang hadir ke Sidang Media tersebut


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net